Dengar je, dh boleh wat sume lelaki kt luar sana gerun. Masakan tidak, lelaki mne yg nk mati pucuk. Ini akan menyebabkan kelakian seseorang itu akan hilang. Apa itu mati pucuk? Mcm mne nk tau yg kita mati pucuk? Ada x cara nk elakkan mati pucuk? Tu yg Dunia Lelaki akan bincangkan kali ni. Jd, jom baca dgn teliti…
APA ITU MATI PUCUK?
Mati pucuk, atau erectile dysfunction (ED) adalah ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yg cukup lama untuk memenuhi kepuasan seks.
ADAKAH INI SATU PENYAKIT?
Tidak!! Semua lelaki diluar sana, perlu diingatkan bahawa mati pucuk bukanlah satu penyakit. Ini seringkali disalahertikan oleh kebanyakan lelaki. Mati pucuk adalah satu simptom kepada penyakit. Apa dia? SIMPTOM… ataupun tanda-tanda. Mati pucuk atau ED adalah simptom kepada penyakit Andropause.
PUNCA MATI PUCUK
Kebanyakan mereka yg mati pucuk adalah disebabkan masalah kesihatan, seperti peningkatan kolestrol dlm darah dan lain-lain.
- Diabetes
- Darah tinggi
- Penyakit mental
- Kecederaan pada otak & saraf tunjang
- Masalah hormon
- Penyakit hati & buah pinggang
- Parkinson
- Angin ahmar
- Kekalkan berat badan yg sihat dan ideal
- Jaga tekanan darah dan kolestrol dlm badan
- Elakkan pengambilan minuman beralkohol
- Amalkan senaman sihat
- Berhenti merokok
- Elakkan hubungan seks yang terlalu agresif
- Jalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan

Jadi, kepada semua lelaki2 di luar sana, jalanilah kehidupan yg sihat agar kita terhindar dari segala ‘mimpi ngeri’ yang ditakuti oleh semua lelaki. Bak kata pepatah, “menghindari lebih baik dari mengubati“. Renung2kanlah… Demi masa depan yg lebih baik dan berkualiti. Sekian…









saya berumur 25tahun,saya sejak umur 8thun saya dah mula melancap,testil saya pada waktu itu sudah mula mengeluarkan seperma,sekarang zakar saya sudah menjadi kecut akibat kerap melancap,saya juga selalu ikat zakar saya supaya tegang untuk puaskan naksu saya.saya nk tinggal perbuatan ini,tetapi susah.ada tak ubat atau apa2 cara untuk kembalikan ketengangan zakar saya tanpa perlu ikat?
Onani sememangnya satu perkara yg patut dielakkan. Sekiranya terlalu kerap dilakukan, zakar akan mula susah untuk mendapatkan ketegangan yg maksima. Apa yg saya boleh cadangkan kpd saudara ialah;
1) Amalkan pemakanan yg sihat & bersenam
2) Buang tabiat merokok
3) Kurang/Buang tabiat melancap
4) Dapatkan nasihat doktor.
Memang x dinafikan, terdapat byk lambakan ubat-ubatan utk mereka kembali “kuat”. Tapi, ingin saya nasihatkan disini bahawa, bkn semuanya baik utk kita. Jauhi ubatan yg tidak mendapat kelulusan KKM. Sebaiknya, saya nasihatkan saudara pergi membuat pemeriksaan kesihatan.
sy nak tanya..air mani keluar sedikit..macam mana nak banyak kan nya semula..
Banyak cara utk menambah semula kandungan air mani, contohnya;
1) Kurangkan xtvt onani
2) Elak tabiat merokok dan minum arak.
3) Lakukan senaman berkala.
4) Elakkan zakar terdedah kpd kepanasan. Seeloknya gunakan boxer.
5) Kurangkan makan mknn yang berminyak..
Dan byk lagi.. saudara boleh tgk disini; http://www.koqinkaremo.com/2012/04/02/lelaki-air-mani/
salam..umur saya 21 tahun..setiap pagi,zakar saya tidak naik seperti dulu..and setiap pagi mesti saya hendak kencing apabila bangun tidur..saya juga kerap onani..so,adakah saya mengalami tanda-tanda awal mati pucuk?sila beri pendapat dan sedikit nasihat..
Berdasarkan apa yg saya tau, jika kita buang air samada kecil atau besar setiap pagi, menandakan sistem dalaman kita berfungsi dengan baik. Membuang air setiap pagi adalah baik untuk tubuh kerana ia menyingkirkan bahan buangan smlm yg x diperlukan oleh tubuh. Jadi, ini bukanlah tanda2 mati pucuk. Tetapi jika saudara berasa khuatir juga, seeloknya pergilah membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali…
saya berusia 17 tahun dan baru2 nie bila saya bgun pagi zakar saya x mnegang sgt , mnegang pn hnya sdikit , apa ubat yg ptut saya ambk atw pn lgkh2 yg sya bleh ambl tuk mmulihkan smula zakar saya ?
Zakar yg tidak/kurang menegang mmg amat merisaukan bg kaum Adam. Saranan saya;
1) Mengamalkan pemakanan yg sihat, kurangkan pengambilan mknn berminyak.
2) Amalkan senaman scr berkala..
3) Kurangkn xtvt onani
4) Lakukan urutan zakar yg betul
5) Tangani masalah stress
6) Rujuk kepada doktor
btang saya tba x stim bila sya tgk cter blue knpa ye?
Sy tlh membesarkan zakar sy melalui suntikan pd batang zakar. Gel yg disuntik trsebut tlh mengeras pd btg zakar. Adekah ia blh menyebabkan mati pucuk atau bahaya?
zack recently posted..Dialog Rasulullah Dengan Iblis
Hai Zack. Ini jawapan yg saya peroleh untuk soalan anda. Saya petik dari kata2 Dr. Ismail Thamby, seorang doktor pakar sakit tuan berkenaan kesan suntikan pada zakar;
“TEKNIK atau kaedah suntikan ke atas alat sulit lelaki untuk membesarkannya yang dikenali sebagai teknik ‘mesotherapy’ atau teknik mengubahsuai bahagian tubuh badan tertentu, hanya dilakukan untuk menghilangkan kedutan kulit muka atau tangan supaya kelihatan gebu dan tiada garisan penuaan.
Bagaimanapun, teknik sedemikian disalahguna dengan bertujuan membesarkan alat kelamin lelaki itu. Namun alat sulit lelaki sebenarnya bukan anggota sesuai untuk teknik itu kerana kulitnya tiada lapisan lemak dan bahan yang disuntik tidak dapat kekal setempat serta boleh beralih ke kawasan lain seperti tundun atau kerandut dan membuatkan bahagian itu bengkak dan keras serta radang.
Lagipun, bahan disuntik bukan daripada yang sepatutnya seperti asid hyaluronic (yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit atau pakar plastik).
Apabila tisu dalaman bawah kulit alat kelamin mengalami radang, pembuluh darah dan pembuluh limpatik (pembuluh darah putih) akan radang dan terkandas.
Kulit akan kehilangan tisu elastik dan sistem limpatik tersumbat membuatkan kulit menebal, bengkak dan radang.
Jika keadaan itu berlaku, penghujung alat sulit lelaki akan kelihatan termasuk atau terbenam dalam tisu bengkak di kelilingnya atau keseluruhannya kelihatan hodoh, besar dan berbentuk luar biasa serta tidak berdaya, maksudnya alat kelamin tidak dapat digunakan untuk persetubuhan kerana besar dan tidak dapat memasuki kelamin wanita.
Sebenarnya, ramai merana kerana perbuatan melakukan pembesaran alat sulit seperti cara begitu dan kebanyakan kes yang mendapatkan khidmat nasihat saya menyatakan mereka berbuat demikian kerana mengikut kawan.
Saya pernah mengendalikan kes yang menjalani suntikan sedemikian. Kebanyakan yang mendapatkan khidmat saya tak tahu apa yang boleh dilakukan.
Yang paling bahaya jika seseorang itu mahu mengurangkan bengkak radang dengan air panas, ia akan kelihatan lebih bengkak!
Sebenarnya jika kelihatan bengkak, radang perlu menggunakan pek ais (menyejukkannya dengan ais atau air sejuk).
Jika prosedur itu sudah dilakukan lama, perubahan pembesaran kulit dan tisu dalaman akan kelihatan ketara. Otot alat sulit yang memberi ketegangan akan menjadi kurang dan hilang daya ereksi.
Jika dapat lakukan juga, setelah selesai seks, alat kelamin itu akan membesar dan radang dan memakan masa untuk reda. Ada yang mendapatkan khidmat saya juga menyatakan mereka tidak boleh duduk lama dalam kereta, tidak boleh memandu lama kerana alat sulit mereka akan membesar dan membengkak serta terpaksa menunggu sehari suntuk untuk mendapat kelegaan.
Kebanyakan pelanggan yang saya bantu sampai sekarang masih tidak pulih 100 peratus, hinggakan ada yang nekad menjalani pembedahan untuk membuangkan tisu yang tebal tapi kesudahannya, alat kelamin mereka menjadi kontot!
Bagi sesiapa yang membaca artikel ini yang kebetulan pengamal kaedah ini, harap jangan menjalankan prosedur sebegini kerana mudarat yang amat sangat boleh berlaku kepada yang menerima khidmat anda.
Bayangkan kesengsaraan yang berlaku kepada pelanggan dan masalah sosial seperti perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Ini satu kekejaman kepada manusia dan anda tidak boleh menggelar diri anda sebagai tabib atau pengamal perubatan tradisional! Bagi yang masih tidak faham dan mahu mencuba, itu mencari nahas!”
Saya nak tnye.skang saya umur 16 thn tpi zakar saya x menengang sperti biase. Saya kerap beronani.adakah ini tnda2 mati pucuk. Kalau betul ini mati pucuk,bagaimanakah nak ubati masalah mati pucuk ini
Zakar tidak menegang, tidak menegang seperti biasa, tidak dapat memancutkan air mani, atau zakar yang lembik merupakan antara punca awal mati pucuk. Oleh itu, apa yang perlu saudara lakukan, berhentilah dari kerap beronani, jauhi rokok dan redakan stress minda dan badan…
Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk ;
http://info-mati-pucuk.kedai-lelaki.com/2011/12/jangan-malu-jika-anda-mati-pucuk/