Neelofa Heret Anzalna, Hans Isaac Bela Neelofa

Aiyoo… Mcm dh besar je kes si Lofa ni. Makin byk lak citer pasal isu ni kuar, makin panas, makin sensasi… Kali ni pasal si Lofa ni nak heret Anzalna ikut cara yg betul, mksudnye guna undang2 la ni. Dan satu lagi, dikatakan Hans Isaac membela Lofa dgn mencabar wartawan Berita Harian, Zubir. Nak tau lagi, jom layan…

Semalam, Mynewshub.my mendedahkan yang pelakon wanita dan juga model, Anzalna membuka cerita tentang keburukan diri seorang lagi pelakon wanita yang kian meningkat naik namanya iaitu Neelofa. Anzalna mendakwa, Neelofa sebenarnya mempunyai perasaan ‘busuk hati’ dan suka mencari gaduh dengan orang lain.

Semuanya timbul semasa mereka sama-sama menyertai sebuah pertandingan suatu ketika dahulu. Kata Anzalna lagi, Neelofa terlalu berdendam kepada dirinya sampaikan sanggup memburuk-burukkan perihal diri Anzalna kepada orang lain. Sampaikan sanggup juga menubuhkan sebuah ‘Official Page Kami Benci Anzalna’ di laman sosial Facebook. Kurang dari 24 jam, Neelofa masih tidak membuka mulut untuk menjawab pertuduhan yang diberikan kepada dirinya.

Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, Neelofa hanya mengeluarkan kenyataan supaya Anzalna tidak terus menyebarkan fitnah tentang dirinya di dada-dada akhbar. Cuma, tidaklah pula Neelofa menyatakan nama individu berkenaan dalam kenyataan twitternya. Kalau dibaca, sudah jelas kenyataan itu diberikan kepada Anzalna.

Ni kisah cabaran perdebatan dalam bidang hiburan pula. Mana tidaknya, tiba-tiba Hans Issac ‘mengamuk’ menerusi laman sosial twitternya. Nampaknya, Hans cuba untuk membela Neelofa dalam isu yang ditulis oleh wartawan hiburan Berita Harian, Zubir dengan mencadangkan supaya Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan berkenaan.

Pada masa yang sama, Hans dengan berani mencabar Zubir untuk berdebat dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Mungkin tindakan Hans itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab Hans sebagai penerbit filem ‘Lemak Kampung Santan’ yang dilakonkan oleh Neelofa.

Hans juga meluahkan rasa kesal terhadap wartawan yang lama dikenalinya dan menyatakan yang Zubir bukanlah wartawan yang baik. Selain itu, Hans menunjukkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu lalu.

sumber

Ni la dunia hiburan. Dunia yg sibuk dikejar oleh semua org. Ingatlah, xde guna nk berlawan bnda2 yg merepek. Patutnye akhirat tu yg kita perlu juangkan. Agar kehidupan kita terjamin. Dunia ni hanya persinggahan je, akhirat tu yg kekal abadi… Sekian…



6 comments

  1. rockstar says:

    Tau pulak nk pakai nama Allah, aurat tak terjaga pulak, sexy je lebih, ni la padah bila mempermainkan suruhan Allah, cuba kalau dress up sopan sikit mcm Oki setiana ke, irma hasmi ke, diana amir ke, x de la org nk fitnah2 sngt….

  2. minah labu says:

    setuju dgn rockstar,bler dah terkena batang hidung sendiri,pndai pulak guna nama ALLAH..

  3. Terbakor says:

    hans issac pulak masuk.. lepas ni sape lak ni.. sebelum hans, zed zaidi lak masuk.. ni sape lak nak masuk lagi ni

  4. jidin sengal says:

    perghhh gentle la hans isaac ni

    temuduga utk kerja kosog di pjabat furchange di chan sow lin, bleh cek d ruangan news d web d bwh,

    http://www.furchange4u.com/putra91

  5. slumbejer............ says:

    hmmmmmmmmmm……. kenapa nak mengaibkan org… kalu ye pom org tu busuk hati xpayahla nak heboh… bile kite buat kenyataan tentang org lain… maknenyer kite pom same la cm org tu “busuk hati” jugak… kalu kita baik hati.. kita xkan sebarkan aib org lain… seboleh2nya.. biar kite je tau..xpayah nak bercerita taua bongkar pape…. saye xsebelah mane2 pihk.. just pendapat je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge