Lelaki & Membeli-Belah

Dunia Lelaki sudah lama tak mengeluarkan hujah2 terbaru mengenai kaum Adam ni. Xpe, kali ni rasanya satu topik yang seronok untuk dibicarakan iaitu tentang lelaki yang GILA SHOPPING. Kaum Hawa sudah semestinya akan rasa tergugat sekiranya lelaki sudah jadi gila shopping.

SHOPPING!!! Yeah, kalau perempuan dengar perkataan ni, confirm diorang elergik. Otak mesti malas nak fikir panjang, kaki dengan laju nye melangkah terus ke pusat membeli-belah. Itu perkara biasa, bak kata orang ‘lumrah kehidupan’. Memang shopping sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Tapi kalo lelaki lak gila shopping, macam mana??

Betul ke ada lelaki yang gila shopping? YA! Memang ada. Bukan segelintir, tapi sekarang ni kebanyakan lelaki sudah gila shopping. Ini berikutan peredaran masa yang membuatkan kaum Adam menjadi lebih terbuka dan ingin mengikuti trend masa kini.

Mungkin sebelum ini, lelaki hanya selalu dilihat shopping barang2 kereta, jersi2 bola, dan gajet, tetapi sekarang ni dilihat kegilaan membeli belah lelaki mampu menyaingi atau melebihi kaum Hawa. Jadi, bagi semua perempuan diluar sana, berjaga-jagalah sekiranya mendapat boyfriend atau suami yang gila shopping.

Pertumbuhan ekonomi dan trend mendorong kaum lelaki turut serta membeli belah. Yela, kadang2 bila difikirkan balik, kenapa kaum lelaki tidak boleh shopping? Duit masing2, xde mintak sesiapapun. Apa salahnya sekali sekala kaum lelaki ingin memanjakan diri dengan membeli barang2 yang disukainya.

Kadang2, ada juga makwe2 diluar yang bising jika pakwe diorang kuat shopping. Tapi kenapa? Xde sebab untuk dilarang mereka membeli belah. Melainkan mereka meminta duit dari korang. Itu x sepatutnya berlaku lah. Tapi sekiranya sebaliknya, janganlah ditegah atau memarahi mereka, sebaiknya dinasihat sahaja dengan elok.

dalam usaha mencari sandal Gladiator ni

dan juga perfume JPG “Le Male” ni

Aku pun sejujurnya gila shopping. Aku suka kumpul barang2 perhiasan lelaki seperti jam tangan dan tali pinggang. Aku juga suka kumpul perfume. X salahkan jika lelaki gila shopping? Cuma perlu diingatkan, ‘berpada-padalah’. Jangan sampai mengundang pembaziran. Dahulukan keperluan berbanding keinginan. Yang penting, kita ENJOY!!! Sekian…



One comment

  1. yaya says:

    aaa so true. guys sekarang da shopping kan. tergugat plak rasa. ngeh3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge