Olimpik 2012 : Atlet Malaysia Kurang Menyerlah, Salah Siapa?

Pertandingan demi pertandingan telah pun berlangsung, menandakan Olimpik 2012 di London kian menghampiri penghujungnya. Tetapi sinar emas belum lagi kita perolehi setakat ini. Apa yang sudah jadi kepada atlet2 Malaysia?

Terbaru, Lee Chong Wei gagal merampas takhta no. 1 dunia apabila tewas di tangan pemain China, Lin Dan yang juga merupakan pemain badminton no. 1 dunia. Azizulhasni juga gagal menyaingi pelumba2 lain di mana hanya mampu mendapat tempat ke-8 dan gagal ke peringkat separuh akhir.

Di kala ramai rakyat Malaysia yang masih berbangga dengan pencapaian atlet2 negara yang sudah cuba sedaya upaya mendapatkan pingat untuk negara, terselit segelintir manusia yang langsung tidak tahu mengenang budi dan jasa yang telah ditabur oleh atlet2 negara demi mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Bagi aku, menang atau kalah adalah adat pertandingan. Pingat hanyalah satu anugerah dan bonus untuk mereka yang bertanding. Langsung x terlintas di benak fikiran aku yang atlet2 kita mencemarkan nama negara jika x dapat merangkul pingat. Mereka tetap ‘hero’ dan juara di hati aku.

Di sini aku ingin nasihatkan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya yang suka mengutuk dan mengambil kesempatan di atas kekalahan atlet2 kita, bukalah mata anda dan sedarlah. Atlet2 kita sudah berusaha dengan sedaya upaya. Siapa yang inginkan kekalahan? Disebabkan orang2 sebeginilah, prestasi sukan negara kita boleh jatuh merudum.

Aku juga percaya pada ‘tuah’. Jika kita bertuah, bermakna itu adalah rezeki. Jangan kita sesekali mempersoalkan rezeki, kerana Allah itu Maha Adil. Mungkin buat masa ini atlet2 kita kurang bertuah, tapi pada masa hadapan siapa yang tahu? Kalah bukan bermakna gagal, masih ada sinar yang akan datang jika kita terus berusaha dan terus berusaha. Doa juga diperlukan agara segala usaha kita tidak sia-sia. Renungkanlah… Sekian…



2 comments

  1. Ril says:

    Kekalahan dan kemenangan adat bertanding. Janganlah setiap masa mahukan kemenangan. Prestasi atlet negara sudah bagus. Namun ada lagi yang lebih bagus dari atlet kita. Jadi sokonglah atlet2 kita walaupun kalah. Semangat kesukanan kena ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge